Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit

"Jika anda berkawan dengan orang yang suka berterus-terang, kata-katanya mungkin menyakitkan kadang-kadang, tetapi sekurang-kurangnya dia jujur".

Doa Hancur UMNO: PAS Umat Islam Paling Sempurna Di Atas Muka Bumi

Posted by 110100100101 Monday, November 19, 2012

Bukan satu,dua,tiga,empat,lima tapi selepas tanya sana tanya sini ramai kalangan rakan wartawan yang selalu buat liputan politik tidak pernah terlintas mana-mana parti politik pernah buat perangai macam ini.
Kalau kurang yakin boleh tanya mana-mana golongan veteran dalam arina politik tanahair baik dari parti kerajaan maupun pembangkang.Rasanya ramai yang boleh sahkan ia tidak pernah berlaku.
Pertentangan politik pekara biasa.Kata mengata sudah lumrah dalam arina ini.Namun belum ada yang sampai peringkat ini.
Dalam kesengitan berpolitik sekalipun pernah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat Musyridul Am PAS sewaktu sakit di hospital untuk bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan beliau.
Sebab itu kisah solat hajat anjuran PAS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu  Jumaat malam  dikira satu berita baru dalam kontek politik tanahair'.
Hebat sekali ayat doa di solat hajat itu yang dipimpin oleh Nik Razi Nik Mat iaitu  adik kepada Nik Aziz.Antaranya meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.
Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak anggap solat hajat dengan doa itu tidak salah kerana mereka hendak melawan kezaliman dan penindasan di negara ini.
Entah lah mungkin Presiden PAS itu merasa beliau kini hidup di Malaysia macam dibawah rejim ala-bekas Presiden Uganda Idi Amin yang tembak orang Uganda macam katak atau pun Pol Pot di Kemboja dulu yang mengentak kepala ribuan rakyatnya dengan batang cangkul.
Mungkin juga beliau sudah kelabu mata tidak nampak orang-orang PAS,PKR dan DAP boleh bangun tidor setiap pagi bersiul bebas dalam suasna aman damai ke sana kemari tanpa siapa pun jentik telinga mereka.
Siapa tahu mungkin juga orang-orang keliling Presiden PAS itu sudah mendendangkan lagu-lagu merdu tentang betapa berjayanya mereka mengadakan solat hajat yang digendangkan dihadiri 50,000 orang.
Namun  risik sana risik sini ramai sekali orang yang geleng kepala melihat tingkah laku ' parti Islam' yang sudah sampai ke tahap desperado itu.
Feedbacknya tentu boleh buat golongan atasan PAS hantuk dahi ke dinding.
Jangan kata orang biasa malah kalangan ulama dan mereka yang tinggi dari segi pengajian Islam termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menilainya jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.
Sebenarnya tidak guna nak marah PAS kerana dulu,kini dan selamanya mereka sentiasa merasakan merekalah umat Islam yang paling sempurna di atas muka bumi ini.
Jadi tolong jangan marah dan fahami 'corak pemikiran' orang yang sudah pakat merasa semua orang lain syaitan bertanduk sepuluh.
Siapa saja yang berkawan dalam pakatan politik mereka termasuk Karpal Singh yang tawar diri untuk dilangkah mayatnya jika PAS nak tubuh negara Islam tentu tersenyum melihat mereka terlepas dari doa yang cukup dasyat itu.
Katalah apa sekalipunn ...mereka boleh relaks goyang kaki kerana cukup tahu PAS tidak akan berani menganjurkan doa seumpama itu pada kerana cukup kecut kehilangan undi bukan Melayu.
Atas sebab ini kita kena belajar terima segala cacamarba PAS termasuk cuba memperbodohkan minda orang dengan memgeluarkan ' fatwa' video itu besi tidak boleh dijadikan bukti semata-mata kerana hendak menyelamatkan paras rupa 'imam besar' pakatan pembangkang yang terpait dengan dakwaan skandal video seks 99.9 peratus tulin.
Apa nak hendak kalau Timbalan Presiden PAS sendiri buat buat muka kering setelah terdedah rakaman suaranya perbualan telefonnya  bercengkerama dengan isteri orang.
Dan...Kelantan sendiri sebagai negeri contoh pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun, kenalah dibagi status negeri yang paling sempurna serba serbi di atas muka bumi ini.
Kalau adapun kes-kes sosial seperti bapa rogol anak,golongan yang gemar lintas sempadan untuk aktiviti ' riadah' ,air paip kotor dan segala macam yang tidak beres - senang saja....hentak meja saja tuduh ini semua berpunca dari kezaliman dan penindasan dari kerajaan Barisan Nasional.
Jangan bimbang...segalanya boleh disucikan oleh PAS.Kegairahan hendak merintis jalan ke Putrajaya menjadi 'open ticket' untuk menghalalkannya. AgendaDaily.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...