Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit

"Jika anda berkawan dengan orang yang suka berterus-terang, kata-katanya mungkin menyakitkan kadang-kadang, tetapi sekurang-kurangnya dia jujur".

PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala

Posted by 110100100101 Thursday, April 04, 2013


KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE

1 Responses to PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala

  1. Anonymous Says:
  2. Riak yg jelas ditonjolkan oleh Nik Aziz dan anaknya (jika benarlah dakwaan di atas) sangatlah menyedihkan. Dua tokoh ini secara langsung menyeru agar rakyat Kelantan bersikap munafik. Menerima segala usaha-usaha pembangunan dan bantuan ekonomi tapi dalam masa yg sama menyelar dan menghukum membabi buta kerja-kerja yg dilakukan dengan baik oleh pihak pemerintah pusat. Kalau dulu kita mendengar perumpamaan bahasa inggeris "ask not what your country can do for you but rather ask ourself what we can contribute to our nation" .. Maka disini kita sebagai Umat Islam jika berikhlas dalam perjuangan .. "Tanyalah diri kita sendiri apakah Jihad kita terhadap pembangunan Islam .. jangan ashik bertanya dan menunding jari terhadap Jihad insan lain terhadap agama kamu yg sama". Rakyat Kelantan PAS harus berlapang dada .. berikhlas berjihad terhadap kepentingan ekonomi yg seiring dalam menyokong pembangunan Islam. Agar "Serambi Mekah" itu benar-benar diterjemahkan dalam ertikata yg sebenar dan tidak hanya retorik dan lambang semata-mata. Islam tidak mengajar penganutnya membiarkan kemiskinan. Membangunkan Islam dalam konteks yang lebih bermakna dari kaca mata dan pendekatan yang lain itu WAJIB apabila terbuktinya pemerintahan Nik Aziz selama lebih 22 tahun itu tidak menyaksikan pembangunan Islam secara yg boleh diterima. Ulamak adalah penting tapi bukan semua ulamak itu handal dan "gedebe" dalam pembangunan ekonomi yg Jihad kita memperjuangkannya. Tidak ada maknanya jika dahi kita hitam tapi hidup dalam kemiskinan. Tidak ada maknanya bacaan doa kita berjam-jam atas sejadah tapi hakikatnya jiwa kita miskin dalam konteks survival menentang kemiskinan. Berlapang dada lah kita agar kita lebih mampu menerima dan memberi buah fikiran yg lebih matang dalam survival Bangsa Melayu Islam di Kelantan. In sha Allah.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...