Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit

"Jika anda berkawan dengan orang yang suka berterus-terang, kata-katanya mungkin menyakitkan kadang-kadang, tetapi sekurang-kurangnya dia jujur".

KOTA BAHARU, (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahan kenyataannya bahawa pahala solat anggota Umno tidak diterima Allah swt kerana menolak dasar Islam. 
Beliau turut mendakwa bukan sahaja solat anggota Umno tidak diterima Allh swt, malah solat mereka yang memberi sokongan kepada parti itu juga tidak mendapat pahala. 
"Orang Umno maknanya orang tolak Islam. Bila tolak Islam maknanya tolak Allah. Sebab itulah kita (PAS) terima Islam kerana Islam serba molek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kubang Kerian di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz semasa berucap pada ceramah di Kampung Jambu, di sini pada 4 April lepas, mendakwa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam dan mengamalkan dasar kebangsaan dalam pemerintahannya. 
Beliau juga turut mendakwa pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pusat di Kelantan semata-mata untuk ''mengenyangkan'' beberapa kontraktor yang dilantik menguruskan projek itu. 
"Dia (kerajaan pusat) buat masjid, bukan hendakkan Islam... nakkan kontraktor sahaja. Yang pentingnya, kenapa tak beri projek pusat dikendalikan oleh kerajaan Kelantan? Kerana apa melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan)?. "Tentu ada benda, sambil menyelam, sambil minum. Umno ini sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri), bukan setakat minum sahaja," dakwanya. 
Mengenai manifesto BN yang dilancarkan semalam, Nik Abdul Aziz berkata aku janji BN itu mengarut kerana dasar parti berkenaan yang menolak Islam. 
"Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut," katanya. 

Bekerja dengan Anwar satu kesilapan - Tun M

Posted by 110100100101 Sunday, April 07, 2013 1 comments

Mengimbas kembali kenyataan berseloroh Datuk Sri Najib ketika membentangkan akujanji BN sebentar tadi. Beliau mengutarakan soalan kepada Tun Mahathir apakah yang telah dilakukan oleh Anwar ketika dia memegang jawatan sebagai Menteri kabinet? Apakah sumbanganya pada waktu itu untuk memulihkan keadaan ekonomi Malaysia yang ketika itu mengalami kegawatan? Jawapannya ada di bawah ini.

Sebenarnya Anwar tidak pernah diuji kebijaksanaannya dalam melaksanakan dasar-dasar kementerian yang pernah dia menjadi menterinya. Sewaktu menjadi Menteri di Kementerian kebudayaan, belia dan sukan dia tidak pernah melahirkan sesuatu dasar kebudayaan yang memancarkan pemikirannya yang bernas, kritis dan berpandangan jauh.

Walau pun dia gemar bercakap tentang insan yang mulia, akhlak yang tinggi, nawaitu yang tidak gelong, menyanjung tinggi ilmu pengetahuan dan kreativiti namun segala nilai-nilai hidup yang maha besar itu tidak dapat diterapkan dalam pemikiran kebudayaan.

Yang berkembang subur hanya tarian inang, zapin, ronggeng, mak yong dan menora yang hidup zaman berzaman. Begitu juga bila dia menjadi Menteri pertanian. Orang mengharapkan sebagai seorang pemimpin yang prihatin terhadap golongan petani dan nelayan Anwar mungkin dapat melaksanakan berbagai projek ekonomi dan pembangunan untuk menaikkan taraf hidup golongan tersebut.

Malangnya dia tidak melaksanakan sesuatu projek ekonomi yang memberangsangkan untuk golongan petani dan nelayan. Pemberian subsidi lembu pawah, baja, motor sangkut, pukat dan benih ikan dan sebagainya telah pun dimulakan oleh Menteri-menteri pertanian sebelumnya. Anwar hanya melanjutkan usaha tersebut. Tidak lebih dari itu.

Malah selaku Menteri pendidikan dia juga gagal melaksanakan dasar yang lebih bererti untuk pembangunan dan kemajuan sistem pendidikan negara. Tidak ada suatu dasar positif di bidang ini yang dapat dikatakan sebagai buah tangan dan pemikiran Anwar. Yang nyata dia menjadikan Institut Aminuddin Baki di Genting sebagai pusat indoktrinasi untuk menanam pemujaan terhadap dirinya yang dilaksanakan oleh juak-juaknya.

Memang Anwar bijak bercakap, memintal lidah dan menabur janji baik dalam bidang kebudayaan, pertanian dan pendidikan tetapi malangnya janji hanya tinggal janji.

Sebagai Menteri kewangan apakah Anwar berjaya menangani kegawatan ekonomi yang melanda negara kita? Nahe, nahe. Elek. Elek. Inilah ujian paling besar dihadapi Anwar sebagai Menteri kabinet. Kegawatan ekonomi mempengaruhi seluruh rakyat dan menjejaskan kehidupan semua orang.

Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu ingin melihat bagaimanakah Anwar hendak memulihkan ekonomi negara dan apakah dasar kewangan yang akan dilaksanakannya untuk memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan juga para pelabur.

Nampaknya dasar kewangan yang dilaksanakan Anwar menimbulkan masalah yang lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi. Anwar berkata fundamentals syarikat-syarikat di BSKL masih kukuh tetapi tidak mendapat keyakinan para pelabur tempatan mahupun asing. Lalu dia berkiblat ke IMF dan meminta nasihat dari pengarah urusan IMF, Camdeseus, walau pun Malaysia tidak meminta pinjaman dari institusi tersebut seperti mana yang dilakukan Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan. IMF menasihati Anwar menaikkan faedah bank sehingga melebihi 23% setahun.

Tujuan IMF ialah untuk melemahkan kepimpinan negara melalui dasar pemulihan ekonominya yang terlalu keras dan tidak sesuai dengan keadaan sosio-budaya politik negara kita. Kononnya IMF inginkan ketelusan dan ingin menghapuskan korupsi, nepotisme dan kronisme dalam pentadbiran dan ekonomi negara untuk memulihkan semula ekonomi negara-negara Asia.

Anwar juga mengangguk seperti poke kenyang apa yang diutarakan oleh IMF. Dia menyedari bahawa dia tidak mempunyai idea-idea pemulihan ekonomi yang baik dan mengharapkan IMF membantunya. Anehnya Anwar sendiri mengakui tidak ada ketelusan dalam pengurusan perbankan dan pentadbiran walhal dia sendiri menjadi Menteri kewangan dan boleh mengatasi masalah ketelusan tersebut. Tetapi dia tidak melakukan apa-apa. Hanya bercakap dan bercakap mengenai ketelusan dan korupsi!

Di manakah letaknya kewibawaan Menteri kewangan Anwar Ibrahim bin Mat Saman (You ulang I saman) yang ahlan wa sahlan dengan Marchael Comdeseus, pengarah urusan IMF dan menerima segala arahan dan nasihat yang membawa Malaysia ke tebing kehancuran? Apakah Anwar sanggup mengkhianati bangsa sendiri dan menggadaikan kemerdekaan negara hanya kerana dia terlalu taksub dengan ajaran sesat dari IMF dalam menangani kegawatan ekonomi negara? Atau apakah dia mempunyai agenda politik tertentu atau muslihat tertentu bila menerima nasihat-nasihat membawa kehancuran dari IMF?

Sebagai seorang nasionalis yang bermaruah yang juga seorang reformis sosial berwibawa Tun Mahathir melihat Anwar tidak mampu mengatasi kegawatan ekonomi. Dia hanya ada oomph bila berpidato dengan penuh gaya ala pelakon Hindustan tetapi malangnya tidak mempunyai idea yang bernas dan berkesan untuk mengatasi kegawatan ekonomi. Seperti tikus membaiki labu. Dia tidak berdaya mencari jalan yang baik untuk mengatasinya. Dia terpaksa menyerah kepada orang asing untuk menyelesaikannya. Seperti kata Datuk Sri Najib, kalau beginilah caranya, semua orang pun boleh jadi Menteri kewangan. Jika ada masalah serahkan kepada orang lain untuk menyelesaikannya.

Inilah ujian yang paling besar yang pernah dialami Anwar sejak disintuklimau sebagai Menteri kabinet oleh Tun Mahathir pada tahun 1982. Justeru Perdana Menteri harus bertindak tegas dan cepat sebelum nasi menjadi bubur. Perdana Menteri sedar ada ada pihak tertentu dalam negara yang cuba sabotaj ekonomi negara bagi mencapai tujuan politik mereka seiring jalan dengan sokongan dari kuasa luar. Dalam kilat ada kilau. Mainan baling batu sembunyi tangan sudah dapat dikesan oleh rakyat.

Tetapi Allah Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Nawaitu yang gelong dari pemimpin yang tidak bermaruah dan menjadi agen kuasa luar dapat dibendung sebelum Malaysia jatuh ke lembah kehinaan dan kebankrapan. Apakah yang dilakukan Mahathir untuk memulihkan semula ekonomi negara yang tenat dan tidak bermaya itu? Beliau mengejutkan dunia dan mengejutkan seluruh rakyat termasuk Menteri kewangan yang tidak berkesan itu. Kerajaan mengenakan kawalan kewangan yang ketat untuk menarik semula simpanan ringgit di luar negara dengan memberikan masa sebulan sahaja. Selepas tempoh sebulan wang ringgit yang tidak kembali ke tanah air tidak laku lagi. Di samping itu, kerajaan mengenakan tukaran nilai ringgit yang tetap RM3.80/ dolar dan banyak lagi strategi-strategi kewangan lain yang super bernas diamalkan kerajaan. Kesannya ekonomi Malaysia kini bernafas segar.

Rakyat yang ada maruah dan harga diri tahu menilai dan mengenang budi, dapat membezakan antara pemimpin yang berjasa dengan pemimpin yang hanya bijak berkata-kata.










PRU-13: Nik Aziz dakwa sembahyang orang UMNO tak dapat pahala

Posted by 110100100101 Thursday, April 04, 2013 1 comments


KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UTUSAN ONLINE

Siapa Dalang Lahad Datu?

Posted by 110100100101 Sunday, March 17, 2013 0 comments

Wujudnya Operasi Rahsia Ceroboh Lahad Datu..Siapakah dalangnya? Kenapa kapal USS Guardian berada di Laut Sulu dan kenapa segala senjata hilang??? Kemana perginya senjata2? 

Adakah pihak USA yang berhaluan kiri telah bersekongkol menjual senjata terpakai kepada Al Bahlol Kiram?? Kapal secanggih kapal USA boleh ditawan??? Nampak tak game yang dimainkan oleh mereka?? Mungkin juga pihak zionis turut terlibat menghulurkan senjata..tapi mesti ada yang mengupahnya kan? Agak2nya siapa ya??? Orang yang suka berhubungan baik dgn Israel & org kaya dari US iaitu Soros??? Org itu juga yang memberi sokongan kepada keselamatan penduduk Israel..renung2kan! - Syam

Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina.

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk
menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah. ADC


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sudah-sudah melatah membuat kutukan, dakwaan dan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jika sebelum ini Abdul Hadi menyamakan atau mengibaratkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dipelopor kerajaan BN sebagai menyamai apa yang pernah dilakukan oleh Firaun, malam tadi beliau membuat kesimpulan peribadinya pula tentang serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.

Walaupun umum mengetahui kumpulan pengganas itu menceroboh Lahad Datu kerana mahu menuntut lebih pampasan terhadap Sabah, namun Abdul Hadi pula menyifatkan masalah kemiskinan dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu sebagai pencetus serangan itu.

Dalam ceramahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini, beliau dengan nada angkuh mendakwa insiden serangan tersebut tidak akan berlaku sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.

"Di Lahad Datu, Sabah selepas 50 tahun merdeka, masih banyak rumah atas air, tanah banyak di darat tapi tidak diberi (kepada penduduk). Masalah kemiskinan dan kemudahan asas tiada, ini mengundang musuh luar datang," katanya.

Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; dan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.

Walaupun menampilkan nama-nama besar pimpinan pakatan pembangkang, namun ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam bermula pukul 9 malam itu tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri kurang 500 orang. Utusan


Manusia Pelbagai Wajah

Posted by 110100100101 Thursday, February 28, 2013 0 comments

Ikuti kisah Manusia Pelbagai Wajah di iFiles di YouTube.

Bab 1/10 (Bahagian 1)


Bab 1/10 ( Bahagian 2)


Bab 1/10 (Bahagian 3)


Bab 2/10


Bab 3/10


Bab 4/10

Bab 5 hingga 10 akan di muat naik kemudian. Tunggu....

Doa Hancur UMNO: PAS Umat Islam Paling Sempurna Di Atas Muka Bumi

Posted by 110100100101 Monday, November 19, 2012 0 comments

Bukan satu,dua,tiga,empat,lima tapi selepas tanya sana tanya sini ramai kalangan rakan wartawan yang selalu buat liputan politik tidak pernah terlintas mana-mana parti politik pernah buat perangai macam ini.
Kalau kurang yakin boleh tanya mana-mana golongan veteran dalam arina politik tanahair baik dari parti kerajaan maupun pembangkang.Rasanya ramai yang boleh sahkan ia tidak pernah berlaku.
Pertentangan politik pekara biasa.Kata mengata sudah lumrah dalam arina ini.Namun belum ada yang sampai peringkat ini.
Dalam kesengitan berpolitik sekalipun pernah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat Musyridul Am PAS sewaktu sakit di hospital untuk bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan beliau.
Sebab itu kisah solat hajat anjuran PAS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu  Jumaat malam  dikira satu berita baru dalam kontek politik tanahair'.
Hebat sekali ayat doa di solat hajat itu yang dipimpin oleh Nik Razi Nik Mat iaitu  adik kepada Nik Aziz.Antaranya meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.
Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak anggap solat hajat dengan doa itu tidak salah kerana mereka hendak melawan kezaliman dan penindasan di negara ini.
Entah lah mungkin Presiden PAS itu merasa beliau kini hidup di Malaysia macam dibawah rejim ala-bekas Presiden Uganda Idi Amin yang tembak orang Uganda macam katak atau pun Pol Pot di Kemboja dulu yang mengentak kepala ribuan rakyatnya dengan batang cangkul.
Mungkin juga beliau sudah kelabu mata tidak nampak orang-orang PAS,PKR dan DAP boleh bangun tidor setiap pagi bersiul bebas dalam suasna aman damai ke sana kemari tanpa siapa pun jentik telinga mereka.
Siapa tahu mungkin juga orang-orang keliling Presiden PAS itu sudah mendendangkan lagu-lagu merdu tentang betapa berjayanya mereka mengadakan solat hajat yang digendangkan dihadiri 50,000 orang.
Namun  risik sana risik sini ramai sekali orang yang geleng kepala melihat tingkah laku ' parti Islam' yang sudah sampai ke tahap desperado itu.
Feedbacknya tentu boleh buat golongan atasan PAS hantuk dahi ke dinding.
Jangan kata orang biasa malah kalangan ulama dan mereka yang tinggi dari segi pengajian Islam termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menilainya jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.
Sebenarnya tidak guna nak marah PAS kerana dulu,kini dan selamanya mereka sentiasa merasakan merekalah umat Islam yang paling sempurna di atas muka bumi ini.
Jadi tolong jangan marah dan fahami 'corak pemikiran' orang yang sudah pakat merasa semua orang lain syaitan bertanduk sepuluh.
Siapa saja yang berkawan dalam pakatan politik mereka termasuk Karpal Singh yang tawar diri untuk dilangkah mayatnya jika PAS nak tubuh negara Islam tentu tersenyum melihat mereka terlepas dari doa yang cukup dasyat itu.
Katalah apa sekalipunn ...mereka boleh relaks goyang kaki kerana cukup tahu PAS tidak akan berani menganjurkan doa seumpama itu pada kerana cukup kecut kehilangan undi bukan Melayu.
Atas sebab ini kita kena belajar terima segala cacamarba PAS termasuk cuba memperbodohkan minda orang dengan memgeluarkan ' fatwa' video itu besi tidak boleh dijadikan bukti semata-mata kerana hendak menyelamatkan paras rupa 'imam besar' pakatan pembangkang yang terpait dengan dakwaan skandal video seks 99.9 peratus tulin.
Apa nak hendak kalau Timbalan Presiden PAS sendiri buat buat muka kering setelah terdedah rakaman suaranya perbualan telefonnya  bercengkerama dengan isteri orang.
Dan...Kelantan sendiri sebagai negeri contoh pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun, kenalah dibagi status negeri yang paling sempurna serba serbi di atas muka bumi ini.
Kalau adapun kes-kes sosial seperti bapa rogol anak,golongan yang gemar lintas sempadan untuk aktiviti ' riadah' ,air paip kotor dan segala macam yang tidak beres - senang saja....hentak meja saja tuduh ini semua berpunca dari kezaliman dan penindasan dari kerajaan Barisan Nasional.
Jangan bimbang...segalanya boleh disucikan oleh PAS.Kegairahan hendak merintis jalan ke Putrajaya menjadi 'open ticket' untuk menghalalkannya. AgendaDaily.

Tun Mahathir Mengaku Sudah Nyanyuk

Posted by 110100100101 Tuesday, October 09, 2012 0 comments


Bagi wartawan yang biasa cover sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad, cukup faham stail dia jawab soalan yang kadang-kadang serius dan ada kalanya sinikal.
Ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Pekerja Institut Jantung Negara (IJN) tadi Dr Mahathir sekali lagi tunjuk kemampuan dia menyindir dan sekaligus menjawab soalan wartawan.
Ia terjadi bila ada wartawan yang minta komen beliau mengenai kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'nyanyuk dan tidak relevan.'
Dengan selamba saja Dr Mahathir kata, "Itu hak dia lah nak kata saya nyanyuk, saya nak kata apa," katanya.
Tidak puas hati dengan soalan itu, ada yang buka mulut tanya, pasal isu kerugian Bank Negara lama dulu, ketika beliau merupakan orang nombor satu negara.
Dengan sinis, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk".
"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?
"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," katanya menyebabkan ramai ketawa.
Itulah Dr Mahathir, dan caranya berdepan dengan soalan-soalan wartawan, cukup bersahaja dan buatkan ramai yang hendak tanya lagi jadi 'mati kutu' dapat jawapan macam itu.

Kempen tolak Negara Islam: Haron Din 'belasah' Anwar kaw-kaw...

Posted by 110100100101 Monday, October 08, 2012 0 comments


Semakin hari tembelang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin koyak, lepas satu demi satu kejadian yang boleh jadi bukti kepada orang Islam terutamanya penyokong PAS untuk menilai kembali hubungan parti itu dengan Anwar apakah menguntung atau merugikan PAS dalam jangkamasa panjang.
Terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula 'bantai' Anwar yang disifatkan beliau bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian Islam untuk membentuk sebuah negara.
Ulama terkenal tersebut bahkan menuduh Anwar sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.
Semuanya gara-gara Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar di Lake Club Kuala Lumpur minggu lalu.
Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.
Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini.
Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.
"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.
Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR. 
Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.
"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.
"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.
“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas Haron Din.
Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.
“Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron dipetik dari sebuah portal berita pada Ahad.
Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.
"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam," katanya.
"Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau.
"Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad," tambahnya.
Anwar melancarkan buku Akbar yang juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul 'Tinderbox: The Past and Future of Pakistan' dalam satu majlis khas di Lake Club Kuala Lumpur minggu lepas.

Undi PR Adalah Undi Untuk Soros

Posted by 110100100101 Sunday, October 07, 2012 0 comments


Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros (Zionis Yahudi) dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut mendakwa bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai ikatan dengan Soros atas nama ‘masyarakat sivil’ serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.
“Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.
“Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.
“Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing,” kata Dr Mahathir.
Tun Mahathir juga mendakwa Soros dikenali sebagai penyumbang dana kepada Open Society Georgia Foundation yang secara langsung mendorong perlantikan sembilan menteri yang disokong oleh spekulator tersebut untuk menjadi ahli dalam kerajaan Georgia ketika ini.
“Jadi mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah NGO di Malaysia.
“Jelas sekali, ia bagi mencapai perubahan rejim, untuk meletakkan calon-calon beliau sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia,” katanya.
Dr Mahathir menambah bahawa Soros tidak pernah menyumbang sebarang wang kepada Yayasan Keamanan Perdana Global yang dikendalikannya.
“Pandangan saya adalah Soros masih seorang spekulator mata wang yang kejam dan menggunakan kejahatan ini dengan wang untuk meletak calon pilihannya memerintah negara yang disasarkan olehnya.
“Dan Malaysia adalah salah satu sasarannya,” kata Dr Mahathir kepada New Sunday Times.

* Malaysiakini adalah portal berita milik pembangkang yang menerima dana daripada Soros. Tidak menghairankan artikel berita dari Malaysiakini digunakan oleh enjin pencari milik Yahudi seperti Yahoo Malaysia dan Google sebagai bahan berita mereka. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...